Wednesday, May 29, 2013

Fotografi dan saya.



picture credit to Omei Picture


Nampak tak gambar atas itu.
Ayu sungguh aku pergi shoot dengan memakai baju kurung.Itu belum lagi aku tunjuk gambar aku pg shoot gambar dengan memakai wedges! Korang ada? Giler susah nak bekerja macam tu kan. Elok pinjamkan wedges tu kat talent yang ada.

Almost a year aku dengan encik canon.
Dari kosong tak tau pape pasal DSLR sampai dah pandai sikit sekarang. Well kena belajar! Barulah pandai.Pendidikan sepanjang hayat katanya. Belajarlah di mana sahaja dan dari sesiapa pun.Janji dapat ilmu dan dapat memperbaiki diri kita.

Well.Aku belum mampu nak pergi kursus fotografi yang mahal2.
So i join kursus kecik2 dan join mereka2 yang berkecimpung dalam fotografi.

Perasankah anda tak ramai perempuan yang betul-betul minat fotografi. 
Aku perasan. Everytime aku join apa2 kursus atau event fotografi mesti banyak lelaki. Pernah sekali aku sorang aje perempuan! Mampu? Layankan aje. Aku nak belajar kan!

Thanx kepada yang memberi tunjuk ajar kepada saya. Semakin hari semakin improve rasanya. (ke perasaan sendiri je.do i care).Yelah daripada ambik gambar blur dah tak berapa blur.Daripada gambar kosong dah ada seni. Ada improvement lah tu kan.








Tuesday, May 21, 2013

Eksperimen 3 : Wedding Outdoor Nabila & Zainal.



Eksperimen.eksperimen dan eksperimen.
Zaman sekolah aku agak kurang gembira bila suruh buat eksperimen. Sekarang aku suka bereksperimen.Tentang gambar!

Ini eksperimen ketiga.
Jom tengok  eksperimen pertama dan kedua


Sekali lagi menyibukkan diri nak belajar katanya.
Million thanx kepada Omei Picture.
Datang dah nak pukul 5.Kau nak belajar tapi datang dah nak abis shoot kenapa jiha?
Lokasi : Pengkalan Sabak.

Sampai2 aje Kak Omei, Bang Omei, Cikgu Amry dan pengantin dah nak naik sampan.Bergambar di atas sampan ke bot.

Kak Omei kata "Jiha nak ikut tak?Jomlah"
Dengan bangga jawab takpelah.Tak nak lah! Lepas tu balik tengok diorang punya gambar memang syok.Menyesal tak ikut!


ini antara yang sempat dirakamkan.
Angle entah apa-apa.Okeylah kan. Belajar katanya.










Saturday, May 18, 2013

Eksperimen 2 : Wedding Outdoor Faizal & Nurul


Eksperimen kedua wedding outdoor.
Ini eksperimen pertama.Silalah tengok ye.
Belajar katanya kan.Harus bereksperimen ye tak?

This time ikut kak sabrina.Kenal kak sab masa kursus fotografi di ILDAS.
Edisi cuba,jaya dan tak berjaya.
Lokasinya Pantai Sg Burung. Pengantin sangat .key.Sporting aje,

Antara yang dapat dirakamkan.










Sapa rajin komenlah ye.Dapat pahala okey.eh2




Saturday, May 4, 2013

Dari dalam Suria KLCC


Dari dalam Suria KLCC
Menarik jugak.


F5.0
ISO 100
S.SPEED 1/60SEC
FL 18MM






Friday, May 3, 2013

Thursday, May 2, 2013

Menara KL



Menara KL dari Taman KLCC
Tak pernah pergi pun. Percaya atau tidak.


EOS 550d
F16
ISO" 200
SHUTTER SPEED: 1/200
FL: 35MM



Wednesday, May 1, 2013

Talent : Bella



Shoot telent katanya.
Kejadian ini adalah pada hari yang sama aku menyibukkan diri join wedding outdoor Omei Picture.
So ini antara hasil yang dapat ku rakam kan.

Saya budak baru belajar.Jadi sila beri tunjuk ajar.






Tuesday, April 30, 2013

Eksperimen 1 : Wedding Outdoor



I'm beginner in photography.
Suka ambik gambar dan rela bawak encik Canon itu ke hulur hilir.
Ambik gambar suka-suka dan bereksperimen.

Bagi aku jadi wedding photographer memenatkan tapi best time outdoor.

Ini pertama kali bereksperimen wedding outdoor.
Belajar dari Omei Pictures.Dapat belajar sikit je sebab aku datang lambat.
Ini antara gambar yang berjaya aku rakam ye.
Sapa rajin boleh komen!











Thursday, April 25, 2013

BROGA HILL


First time ke Broga Hill.
Akhirnya berjaya ku tawan Broga Hill. 
Walaupun lambat sampai di atas itu tapi puas sebab sampai atas.
Terima kasih kawan yang mensupport!


Antara gambar yang ingin dikongsikan.
Tak banyak shoot picture.Maybe nanti second time naik lebih banyak gambar.









#Broga Hill # aktiviti hujung minggu




Saturday, April 13, 2013

Bukit



LOKASI : LUMUT, PERAK
EOS 550D
ISO : 100
APERTURE: F5.6
S.SPEED : 1/500
FOCAL LENGTH : 55MM


Friday, April 12, 2013

kincir angin





LOKASI : LUMUT, PERAK
EOS 550D
ISO : 100
APERTURE: F8
S.SPEED : 1/250
FOCAL LENGTH : 33MM


Wednesday, April 10, 2013

Bot




Lokasi : Lumut, Perak
EOS 550D
ISO : 100
APERTURE: F5.6
SHUTTER SPEED : 1/800
FOCAL LENGTH : 55MM

Monday, April 8, 2013

Saturday, April 6, 2013

#Tips Penjagaan Kamera



Sapa ada camera.Ada DSLR kena tahu semua ni. Cara-cara menjaga camera anda.
PENTING yer!
Segala harta benda yang aku ada aku akan jaga.
Mahal beli DSLR tu.Gigih kumpul duit nak beli.Melainkanlah ada orang yang sudi menghadiahkan.
 DSLR ni agak sensetif. Kena lah dijaga.
Kalau rosak makan kos tinggi nak betulkan. Cuma bayangkan "sensor"nya rosak.Boleh yer bayangkan.
So ini ada tips dari blog tarmizi shukri.Aku share dengan korang!



1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.


2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn.


3. Elak terkena air
Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.


4. Gantung
Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun korang lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali..hehe.


5. Gel Silika
Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.


6. Filter
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.


7. Screen Protector
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.


8. Pasir
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.


9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.


10. Sejuk ke panas
Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.



Friday, April 5, 2013

Thursday, April 4, 2013

Ulat



 Ulat.
Tanpa disangka ulat ini lalu didepan mata dikala sedang merakam gambar belalang.










p/s: abaikan watermark itu

Wednesday, April 3, 2013

Belalang



Belalang Kunyit.
Pertama kali merakam gambar belalang.
Saya budak baru belajar.





#Belalang

Tuesday, April 2, 2013

Koleksi kamera saya!

Saya suka camera.Dan saya suka ambik gambar.Eh merakam yer!
Sejak dulu memang addict dengan camera.
Dari zaman camera menggunakan filem ke camera digital dan kini DSLR.
Memiliki camera  bukanlah mudah.Mahal harganya.Dululah.Eh sekarang pun kan.

Jom tengok koleksi yang aku ada. Sebenarnya ada lagi tapi tak tau mana letaknya!

Canon, Nikon,Konica,Olympus semua ada.


Olympus model apa lupa.
Beli sebab Olympus FE360 adik aku guna.
Tak boleh hidup tanpa camera maka terpaksa beli ni.Terpaksa lah sangat!
Camera ni best. Screen besar.Banyak function.Boleh buat HD movie.
14MP


Olympus FE360
Camera ni guna dari semester 1-8 kat Universiti.
Tahankan. Bodynya keras.Tahan lasak.
8MP


Konica Monilta: Dimage X31
Screennya kecik aje.
Gambar cantik.
3.2MP


ini camera Canon yang menggunakan Kodak.
 Eh menggunakan filem la. Kodak itu jenama.



Perasankah anda aku banyak koleksi dari Olympus.
Tapi DSLR tetap angkat Canon.
Next update pasal Encik Canon saya yer!


Monday, April 1, 2013

Let's start it!



April yang istimewa.Kenapa? April bulan kelahiranku.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku memulakan blog "Jiha Pictures"
Menjadi seorang blogger sejak tahun 2009.Tapi tak femess pun.Low profil katanya.
My personal blog is Silent Thinker. Rajin-rajin sila jenguk.


I'm Picture lover. 
A beginner in Photography. 
Still Learning and learning to be a better person in my life.
Really interested in Photography.
Dan kerana itu blog ini tercipta.
Ingin berkongsi hasil dari Lensa Canon 550D.


#Every single picture have their own story
 

Copyright © 2012 Reserved to Jiha Pictures
Design by kina